Monday, May 5, 2008

Apa itu arak (Alkohol)?



Arak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Contohnya ialah wain, bir, wiski dan lain-lain.

Namun bagi orang yang tinggal di daerah dingin, minuman keras kadangkala digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Disamping itu, ianya juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.

Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak. Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak.

KESAN BURUK KETAGIHAN ALKOHOL(ARAK)
Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa kepada ketagihan alkohol. Ketagihan alkohol merupakan satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan fizikal, tingkah laku dan emosi peminumnya.
KESAN FIZIKAL
• Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal.
• Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.
• Merosakkan organ hati seperti sirosis, steatosis dan hepatitis.
• Ulser dan gastritis
• Kecederaan otak dan masalah saraf
• Masalah jantung dan tekanan darah
• Kekurangan zat makanan dan gangguan dalam perut
• Kegemukan (obesiti) atau berlebihan berat badan
• Masalah seksual
• Kecacatan kelahiran seperti sindrom alkohol janin (FAS)

No comments: